Thursday, February 9, 2012

Thursday, November 25, 2010

Bahasa itu adab!

Bahasa dan adab dalam kalangan orang Melayu mempunyai hubungan yang sangat akrab. Dengan demikian halnya orang Melayu mendidik, aspek bahasa dan adab diajar serentak. Dengan demikian, orang Melayu tidak pernah sejak awal dulu mengajar anak-anak mereka perihal moral kerana segala macam yang dikatakan 'moral' itu bersifat luaran yang tidak mencapai taraf 'adab'. Justeru, orang Melayu yang terindah bahasanya selalunya mewarisi aspek adab dalam seluruh aspek kehidupannya. Bahasanya indah, tutur katanya tersusun rapi - beralas dan berlapik, tingkah lakunya bersopan terpuji. Dengan demikian halnya orang Melayu terdahulu sentiasa dihormati oleh sahabat dan taulan, disegani rakan sepanjang zaman.